Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Program Sambut Ramadhan Dengan Sihat 1.0





MASJID AL-I'TISAM : Alhamdulillah, pada 28 Syaaban 1440H bersamaan 4 Mei 2019 (Sabtu) bermula jam 8:30 pagi hingga 1 petang, satu Program Sambut Ramadhan Dengan Sihat 1.0 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 12 orang pelajar MSU dalam jurusan perubatan dan 6 orang staf Pusat Perubatan MSU hadir bagi memberikan rawatan.

Disamping itu, sebanyak 5 stesen dibuka iaitu stesen indeks jisim tubuh (BMI), tekanan darah, glukosa dan kolesterol dan konsultasi. Juga terdapat sebuah ruang bagi pihak Prudential BSN Takaful yang dikendalikan oleh Mateen Group.

Program yang berlangsung di perkarangan hadapan Masjid Al-I’tisam ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan masyarakat dalam memantau kesihatan mereka dimana mereka tidak perlu ke klinik atau hospital dan beratur panjang bagi mendapatkan pemeriksaan.

Selain itu, penyediaan konsultasi secara percuma juga memberikan kelebihan kepada para pengunjung yang hadir. Dimana mereka boleh mendapatkan tips-tips mahupun info-info dalam membantu mereka mengekalkan dan menjaga kesihatan terutamanya di bulan Ramadhan.

Masjid Al-I’tisam berharap program ini akan diadakan pada masa akan datang dalam usaha mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mendekatkan masyarakat dengan rumah Allah.

Pihak Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan memberikan sokongan. Pihak Masjid juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak MSU dan Prudential BSN Takaful (Mateen Group) dalam menjayakan program ini.

Masjid Al-I'tisam