Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 (SYEC 2019)





SYEC 2019 - 25 Mac 2019 : Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan satu karnival yang berlangsung selama 2 hari. Karnival yang dimaksudkan ialah Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 dan telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah. Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan Hael Husaini, Siti Sairah Tajuddin dan Siti Saidah Tajuddin.

Turut diserikan dengan kehadiran Caprice yang membuat perkongsian dengan tajuk Jihad in 'Education' dan Abang Abu dengan perkongsian bertajuk Mekanik Wang. Tentatif yang disusun juga penuh dengan manfaat sesuai dengan tema usahawan muda.

Masjid Al-I'tisam juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam karnival ini. Objektif penyertaan karnival ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada masyarakat tentang projek yang sedang berlangsung, bahkan mendekati masyarakat untuk menyediakan platform berjariah melalui wakaf.

Selain itu, pihak Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam juga dapat meluaskan jaringan dengan masyarakat sekeliling selain mengumpul dana bagi menampung kos projek ini. Penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur yang banyak membantu dan para pengunjung yang sudi untuk menyokong, selain staf-staf yang terlibat.

Masjid Al-I'tisam