Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Kempen RM1 Je Sehari - (05/04/2019 - 07/07/2019)





Kempen RM1 Je Sehari - (05/04/2019 - 07/07/2019)

Kempen RM 1 diperkenal dalam usaha memberikan peluang agar semua golongan boleh menyumbang untuk projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Tambahan pula, kempen ini tidak terhadap kepada usia. Jadi, kanak-kanak juga boleh menyertai.

Signifikannya kempen ini bukan sahaja dapat meraih dana bagi Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam bahkan jua dapat mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam untuk berjariah secara istiqomah sebermula daripada kanak-kanak.

Kempen ini juga disasarkan kepada masyarakat diluar kariah. Tumpuan ini diberikan adalah untuk memperkukuhkan jaringan perhubungan dengan masyarakat luar seterusnya, menambah jumlah sumbangan dan meluaskan sebaran informasi mengenai projek ini.

Kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan dan mempunyai 3 pakej yang boleh dipilih oleh penyumbang. Pakej pertama adalah Firdaus, penyertaannya adalah selama 3 bulan, pakej yang kedua adalah Adn yang mana penyertaannye adalah untuk 2 bulan manakala pakej yang terakhir adalah Naim, penyertaannya adalah untuk sebulan sahaja. Bagi setiap pakej tersebut, setiap penyumbang perlu istiqomah memberikan RM 1 setiap hari kepada pihak penganjur.

Kempen ini mempunyai terma dan syarat-syarat untuk setiap penyertaan dari peyumbang. Hadiah misteri dan cenderahati juga akan diberikan kepada peserta-peserta yang bertuah.

Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membentuk ekonomi ummah. In shaa Allah.

Klik 'link' dibawah untuk menyertai kempen RM1 Je Sehari :

https://wa.me/60192779353?text=JOIN%20KEMPEN%20RM1%201⃣
https://wa.me/60192779353?text=JOIN%20KEMPEN%20RM1%201⃣
https://wa.me/60192779353?text=JOIN%20KEMPEN%20RM1%201⃣

Masjid Al-I'tisam