Pengumuman Terkini

"'SYOKNYA NAK SEKOLAH'. Masjid Al-I'tisam akan menganjurkan satu program 'Syoknya Nak Sekolah' bagi meraikan anak-anak asnaf dan anak yatim, & Pelancaran Media Digital Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam pada 22.12.2018 (SABTU) bermula jam 7.15 petang. Makanan disediakan. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.


"SUMBANGAN/TAJAAN. Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada Dato'/Datin/Tuan/Puan yang ingin menyumbang untuk program 'Syoknya Nak Sekolah' & Pelancaran Media Digital Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Untuk sebarang maklumat, bolehlah hubungi kami di nombor 019-277 9353 (Masjid Al-I'tisam).


"PROGRAM CUTI SEKOLAH. Satu kelas pengukuhan akan dianjurkan oleh MAIKOOP dengan kerjasama ANGKASA bagi subjek MATEMATIK dan BAHASA INGGERIS. Program akan berlangsung selama tiga hari, 17.12.2018 - 19.12.2018. Yuran hanyalah serendah RM70 sahaja. Sebarang pertanyaan mengenai program boleh menghubungi/whatsapp Cik Salma Iryani (019-855 2796). Anak-anak yang berumur 8-12 tahun di jemput menyertai program ini."


"KURSUS PERCUMA. Satu KURSUS HAJI bersiri akan diadakan bermula 1.12.2018 (SABTU) jam 9 pagi-11.30 pagi bertempat di Masjid Al-I'tisam. Kursus adalah PERCUMA. Untuk sebarang pertanyaan dan urusan PENDAFTARAN sila HUBUNGI : Ustaz Azrol (019-562 1312), Ustaz Ariffuddin (019-910 8306) atau Hjh. Rohaizah (012-334 3663)."


"MAKLUMAN. Sesiapa yang ingin mempromosikan servis / perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman web ini, sila HUBUNGI/WHATSAPP pihak masjid di talian 019-277 9353. Terima kasih."



Masjid Al-I'tisam